Saturday, January 12, 2013

my story :)

aku rasa blog aku nie dah berhabuk dah sebab dah berapa bulan aku tinggalkan,,haisshhh sibuk la kebelakangan nie. banyak cerita yang nak di ceritakan tapi banyak yang tak sempat tapi aku tetap nak cerita juga sebab ini satu  kenangan dalam hidup aku...

bismillah hirrahman nirrahim...











Ya ALLAH,
Terima kasih hambamu ucapkan,
Begitu indahnya
Hikmah yang telah Engkau berikan kepadaku..
Suatu ketika dahulu,
Aku hanya merasakan diriku
Seorang anak yatim piatu
Tiada ayah & tiada ibu
Kerana aku membesar tanpa mereka..
Kini,
Aku sudah bersuami
Punya ibu & bapa mertua..
Sungguh gembiranya hatiku,
Panggilan "mak" "bapa"
Hari2 keluar dari mulutku,
Kasih yang pergi
Kini aku miliki,
Rasa cemburu melihat orang lain
Yang punya ibu bapa
Sudah tiada lagi..

Hari sudah berlalu aku lewati,
Ibu kandung ku telah ku temui,
Syukur alhamdulillah
Kini, aku punya dua ibu,
Kasihku tidak berbelah bagi..
Aku belajar
Menjadi seorang anak yang baik,
Berbakti kepada orang tua,
Patuh pada suami,
Taat kepada ALLAH s.w.t
Kerana hanya satu tujuanku
Aku hanya ingin
Menjadi seorang anak yang baik & isteri yang solehah,
Amin..insyaALLAH dengan izinNya,
Semoga aku bisa istiqamah...
nong

No comments:

Post a Comment